Sunday, July 18, 2010

Tank Kyu Berry March

Salam..jam sekarang da pukul 3.18 pagi..Tapi bijik mata ni susah betul nak pejam kalau hari minggu..ada je mende nk buat..tgk movie la,apa la..tapi malam ni hamba nak tulis satu topik yang tiba-tiba terlintas di fikiran ku ini.. tajuknye seperti di atas...Tank Kyu Berry March.

Sebenarnya saje je bagi gempak perkataan ni...cuba sebut secara baku..ok,dapat tak?Ok la..takyah membazir masa,Thank You Very Much atau dalam bahasa Melayu nya..terima kasih banyak-banyak..Seperti yang kita sedia maklum,perkataan ini menunjukkan pekerti yang mulia dan menghargai seseorang yang telah membantu dalam apa jua bentuk dan keadaan. Tidak kiralah kecil atau besar,ucaplah terima kasih,thank you,atau nak lagi simple hanya ucapkan perkataan thanx....

Kadang-kadang kita tak sedar tentang hal-hal remeh seperti ini sebenarnya adalah yang paling besar manfaatnya kepada sesebuah hubungan..Ibu dengan anak,suami dengan isteri,isteri dengan mertua,kawan dengan kawan yang lain,kekasih dengan kekasih dan ia akan terus berlaku keatas semua rangkaian perhubungan sesama manusia.

Sebagai akhir kata,hamba disini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah melawat ke blog yang tak seberapa ini..terima kasih banyak-banyk dan tank kyu berry much...see yaa.

2 comments: