Tuesday, July 27, 2010

Tomatoman...

Salam...

Post ini di taip adalah untuk mereka-mereka yang lahir pada tahun 80-an dan pada zaman ini, bermacam-macam jenis kartun di terbitkan. Salah satunya adalah watak kartun Tomatoman. Mendengar sahaja tajuknya membuatkan kita ketawa. Seolah-seolah watak superhero seperti superman,batman dan spiderman. Betul, ia adalah watak superhero, tetapi yang lucunya..ialah watak superhero untuk kerajaan sayur.hahah, memang pelik kan bunyinya...lucu tapi benar.:-p...

watak-watak dalam cerita ini

Tomatoman adalah salah seorang dari 10 pahlawan kerajaan sayur yang agak kelakar. Ia juga tidak disenangi oleh pahlawan-pahlawan yang lain kerana mereka dengki dengan kejayaan tomatoman yang kebiasaannya diperolehi secara kebetulan. Selalunya di setiap episod, tomatoman akan bertarung dengan serangga jahat yang selalu datang mengganggu rakyat kerajaan sayur.

Memang dah lama hamba mencari di alam maya ini berkaitan dengan  Tomatoman, nampaknya ia membuahkan hasil..Bagi mereka yang tak pernah menonton siri ini, pasti tidak dapat merasai kerinduan dari siri ini. Tetapi, hamba yakin..berlainan dengan mereka yang telah lama mencari-cari watak ini dan ingin melihatnya kembali.. Jadi, RTM...kami dengan ini memohon jasa baik pihak tuan untuk menyiarkan semula rancangan ini..:-).hehe.....Kalau korang nak dengar Opening Theme dan Ending Theme Tomatoman, boleh la lihat di link di bawah...Di harap, dengan post ini kerinduan terhadap Tomatoman terubat..:-)


4 comments:

  1. perghh.... mmg aku cari citer ni...dah lama wei, mmg balik sekolah je aku mesti dok layan citer ni...

    satu lagi citer, citer kartun melayu...lagu dia camni , "berjalan-jalan melihat alam, dan haiwan, ciptaan Tuhan" , watak dlm ni kura2, lg ape erk..

    ko taw tak citer ape?

    ReplyDelete
  2. huhu..xtau la lim..cite kat tv brp tu

    ReplyDelete
  3. tak taw lak kat tv bape....kena cari laa juga~~~rindu

    ReplyDelete