Tuesday, July 27, 2010

Bila Hantu Rambutan Balik Kampung..

Buah Berbulu..

23hb Julai 2010...tarikh hamba untuk menjenguk ibu dan ayah di kampung. Cuti sudah di apply seminggu sebelum dan akhirnya sudah di approve oleh bos..thx bos..

Perjalan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke Muar. Sekali lagi,sungai dompet kekeringan. Terpaksa minta Razin untuk pergi mencucuk di ATM Kolej Jati UiTM. Sori Razin,terpaksa menyusahkan.huhuh..tapi duit tu boleh wat untuk bayar tol nnt.hehehe....Agak lama tak merasa menjadi student,masih ada lagi lori menjual nasik lemak di hadapan koleh Jati ini. Sedap nasik lemak kat situ. Kalau korang rase nak try jadi student,boleh la beli satu. :-)...yang istimewanya kat sini,kite boleh pilih lauk apa yang kita nak. My fav is catfish. Besar gile...ops,macam silap post je ni.huhu..nnti hamba post untuk nasik lemak ini di lain masa..huhu...kita smbung balik perjalanan ke kampung.

Sepanjang perjalanan, aktiviti yang mampu di buat adalah bersembang pasal keje,keje dan kadang-kadang selit pasal kawan-kawan sekelas. Agak lama kami tak lepak ramai-ramai. Rindu pulak rasanya....


Setelah roda kereta berputar berbilion-bilion pusingan, akhirnya sampai jugak hamba di kampung..Kusalam dan kucium tangan ibu dan ayahku. Keletak bag dan kutukar pakaian...Laparnya perut,huhu..ambil nasik dan lauk...makan di depan tv sambil melepak dengan ibu dan ayah...Tiba-tiba,keluar topik rambutan..Hamba yang hantu rambutan ni apa lagi,excited la nak dengar..Rupa-rupanya dekat rumah makcik hamba ada rambutan banyak..So,kalau hamba nak rambutan kene pegi rumah die.Menarik jugak godaan tu,huhu..

Keesokan harinya, hamba bersama ibu dan ayah pergi melawat mak cik di rumahnya.. Nak di pendekkan cerita, dapatlah hamba memetik buah berbulu dan berisi manis di dalam..:-).sedap....heheh...Banyak jugak hamba cilok buah rambutan tu..Kat bawah ni adalah antara gambar-gambar buah yang sempat di rakam sebelum di telan. Owh ye, manggis adalah satu bonus.:-)..jangan silap..bukan jus manggis k..:-)

banyaknye... 

sebesen buah berbulu..


hitam-hitam si tampuk manggis..

sudah di makan hantu rambutan.....


2 comments:

  1. makan tak ajak seh, eh muo ko kat area mane erk? kg ayah aku kat area jorak, tapi umah atuk aku kat area bukit pasir menghala ke jorak.~~~

    ReplyDelete
  2. hehe..meh sini meh.muo kat Sungai Mati...:-)

    ReplyDelete