Thursday, July 29, 2010

Tips Untuk Melajukan Komputer Anda.

Salam..di sini hamba ingin menaip berkenaan bagaimana untuk melajukan komputer anda. Tidak kira laptop atau PC, tips ini amat berguna untuk anda. Ini adalah persediaan herba, jika penyakit berlarutan sila keluarkan duit anda untuk beli komputer baru..:-p

1: Defragment

Selalulah defrag komputer anda. Bergantung kepada OS yang anda guna, ia boleh di set kepada manual atau automatik. Biasanya, defrag tools yang di sediakan oleh Windows adalah mudah dan boleh di gunakan. Tetapi bagi anda yang ingin mencuba sesuatu kelainan, anda boleh menggunakan Defraggler.

Defraggler


2. Kemaskini data hard disk

Sedar atau tidak, ada antara kita yang tanpa sedar telah menggunakan ruang-ruang yang kosong di dalam hard disk dengan mendownload cerita-cerita atau lagu-lagu dengan sepenuhnya. Jika hard disk itu mengandungi OS dan data, ia sudah pasti akan mengurangkan kelajuan dan performance komputer anda. Sila periksa berapakah space yang tinggal dalam hard disk anda dan jika ia mempunyai space 10% atau kurang, inilah masanya untuk membuang sampah sarap dan mengemaskini rumah anda. Tools yang popular adalah CCleaner. Ia dapat mengosongkan semua 'temp files' untuk anda. Selepas itu, perkara yang perlu anda titikberatkan adalah seperti Recycle Bin, Pictures, Music, Videos. Jika hard disk anda masih di tahap kritikal, bolehlah uninstall mana-mana applications yang jarang di gunakan.

CCleaner


3. Membuang spyware/malware

Jika anda pengguna Windows OS, anda SEHARUSNYA ada anti-malware di sistem anda untuk menghalang spyware dari berkuasa. Saya mencadangkan anda menggunakan Malwarebytes. Tetapi adalah lebih baik anda bukan setakat menggunakan versi percuma. Ia bagus tetapi tidak ada di datangkan dengan scheduler. Seperti yang kita maklum, kadang-kadang kita terlupa untuk maintain sistem kita, jadi menggunakan scheduler ini amat baik untuk komputer anda. Untuk itu, bersiap sedialah untuk mengeluarkan air dari dompet anda untuk memastikan anti-spyware anda is up tp date dan running on schedule

4. Checkdisk Error

Dengan usia hard disk yang sudah meningkat tua, sectors di hard disk anda boleh menjadi rosak. Untuk memperbaikinya, anda perlu menaip command di command prompt dan seterustnya reboot komputer anda. Command yang biase di gunakan adalah chkdsk X:/f/r (di mana X adalah drive yang anda ingin check ),f adalah command untuk membaiki error secara auto dan r untuk locate di mana bad sector dan memperbaiki data yang tidak dapat di baca.


Diharap dengan tips yang tidak seberapa ini boleh membantu anda untuk melajukan komputer anda..:-)

2 comments:

  1. waaa..byk ilmu aku dpt ni, tuan hamba mmg hebat laa bab2 it ni, hamba pun tak pernah sama sekali memikirkan hal-hal sedemikian... terima kasih tuan hamba~

    ReplyDelete
  2. hak2..biase je lim.ak pun belaja2 jgk.skg pun tgh blaja nk wat blog.hu2...

    ReplyDelete