Saturday, July 31, 2010

Salt (2010)

Poster

Tarikh tayangan : 29 July 2010 (Malaysia)
Genre : Action/Thriller
Tagline: "Who is Salt?"
Filem Salt ini mengisahkan Evelyn Salt sebagai watak utama dalam filem ini di mana beliau adalah seorang ejen CIA Amerika Syarikat dan juga seorang perisik Rusia. Asas filem ini adalah berdasarkan Perang Dingin yang berlaku antara Rusia dan Amerika Syarikat selepas perang dunia ke-2. Secara ringkasnya, ia adalah perang dalam bentuk ketegangan sebagai perwujudan dari konflik-konflik kepentingan dan perebutan supremasi serta perbedaan ideologi antara blok barat yang dipimpin oleh Amerika Serikat dan Blok Timur yang dipimpin oleh Rusia (Soviet Union).

Antara pelakon yang membintangi filem Salt ini adalah Angelina Jolie ( Evelyn Salt ), Liev Schreiber (Ted Winter), Chiwetel Ejiofor (Peabody) dan ramai lagi. Perjalanan filem ini agak menarik dengan aksi-aksi stunt yang kadang-kadang tidak terjangka oleh akal. Walaupun begitu, bagi mereka yang meminati filem-filem aksi yang penuh dengan letupan dan perlanggaran, anda di galakkan untuk menontonnya.
 
Banyak teka-teki yang wujud dan berjaya di tonjolkan oleh pengarah filem ini iaitu Phillip Noyce dan ditulis oleh Kurt Wimmer. Teka teki di olah dengan begitu baik sehinggakan anda hanya akan bertemu jawapan siapa Salt dan siapa yang bersamanya di akhir filem ini.

Rating Ajoi : 2/5.
Kekurangan dalam filem ini adalah watak komedi kerana dan ini membuatkan Salt terlalu serius dan anda hanya akan ketawa di akhir filem ini. Jadi selamat menonton.:-) 

4 comments:

  1. owh, tak jadi laa nak tgk kalo camni..hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe..cite ni sbb Angelina Jolie yg belakon.klw x susah gak nk g tgk

    ReplyDelete
  3. haha..xde la.just minat2 cmtu je

    ReplyDelete