Wednesday, September 29, 2010

Berlayarlah..

Hidup kita tidak ubah seperti sebuah pelayaran. Lengkap dengan kompas,sauh,tali,layar,ombak dan pantai.Sebaik sahaja kita di lahirkan ke muka bumi ini,kita telah di hadiahkan dengan element-elemen ini dan samada kita sedar atau tidak, ia mempunya kaitan antara satu sama lain yang memungkinkan kehidupan yang terindah,kesedihan dan kedukaan. Menjadi nakhoda dan mengemudi pelayaran itu bukanlah satu perkara yang mudah. Kekuatan mental,rohani dan fizikal sangat di perlukan. Perlu di ingat,kita juga di kurniakan akal dan hati nurani untuk menyokong pelayaran kita hingga ke akhir hayat. Gunakan ia sebaik-baiknya nescaya kita akan beroleh kehidupan yang indah.


Friday, September 24, 2010

JENIS-JENIS KAKI

Walaupun manusia di kurniakan dengan 2 kaki,tetapi tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa lagi kaki yang perlu anda tahu..Kaki-kaki tersebut adalah :

Wednesday, September 22, 2010

lama xupdate.

lamanya tak update kat sini...macam2 yang berlaku bulan lepas..tapi tak dapt nak cerita semua.ada gembira,sakit,cool.macam2...tapi tak semua hamba nk cerita kat sini.biarlah di simpan di dalam hati dulu..

owh ye..hamba nak ucapkan selamat hari raya & maaf zahir batin kalau ada salah dan silap kat sape2 yang mengenali atau tak dikenali.sesungguhnya hamba ini adalah insan biasa.belum terlewat kn?raya sebulan beb dan tak salah kalau kita minta maaf walaupun bukan hari raya.

sekarang dah pindah rumah baru.fuh,penat sungguh pindah time bulan puasa ritu.skg cume nk touchup2 skit rumah tu.baru la mcm duduk kat rumah...nasib tak de bini lagi.klw tak mmg hamba tak kuar rumah.hahahahah..

kene carik bini cepat ni.nak plan duduk mane.baru steady skit..tp suma tu ketentuan Allah.kalau dapat cepat,cepatlah hamba dapat plan,tapi klw dapat lambat.terima je la.

ok la,nak wat keje skit..nnt update lagi.salam syawal dari hamba.

Wednesday, August 4, 2010

StumbleUpon

Salam semuanya. 

Penah dengar tak StumbleUpon? Hehe, bagi yang tak pernah dengar mari sini hamba nak kongsi-kongsi skit apa yang hamba tau pasal mende ni, tapi bagi yang tau...silalah tunjuk ajar hamba supaya kita dapat belajar bersama-sama.

Ia adalah satu komunity internet yang berasaskan peer dan sosial networking site seperti Facebook, Myspace dan Twitter. Apa yang menarik tentang StumbleUpon ni adalah kita boleh melihat apa sahaja website yang telah di rekemen oleh ahli-ahli berdaftar secara rawak. Jika di laman Facebook, button "like" itu amatlah popular untuk menunjukkan kita setuju tidak kira ia adalah Status, Komen mahupun gambar. Tapi hamba rasa, ramai di kalangan kita lebih suka menggunakannya untuk 'like' gambar-gambar yang telah di upload oleh rakan-rakan.

satu tanda yang membuatkan FB sangat unik

Konsep ini digunakan di dalam StumbleUpon. Apa yang menariknya adalah, setelah anda mendaftar di laman webnya, anda boleh menggunakan fungsi like ini untuk merekemenkan kawan-kawan anda di seluruh alam maya. Selepas itu, di saat anda sedang bosan, anda boleh menggunakan button yang telah di install di dalam browser anda untuk melihat website-website yang bagus.:-)
Sila mendaftarkan diri anda 











Tuesday, August 3, 2010

CARI JODOH

Salam semuanya..hari ini hamba rasa down sangat. Tak taulah kenapa, tapi hati ni rasa macam sedih semacam je. Maybe sebab mengenangkan nasib yang belum ada teman untuk menangis dan ketawa bersama...isk2,sedihnye..:-(..

Pencarian itu akan kuteruskan sehingga nafas ini belum terhenti. Teringat pulak lagu carik jodoh dari Wali Band. Lagu-lagu dari seberang ini semuanya best-best belaka dan amat menusuk kalbu. Kadang-kadang kalau kita amati liriknya memang akan tersentuh jika mendalaminya. Owh ye, bukan lagu Carik Jodoh sahaja yang hamba maksudkan, ada banyak lagi lagu yang lain seperti Yank, Mari Shalawat, Tomat ( Taubat Maksiat ) memang bererti,tambahan lagi lagi beberapa minggu kita akan menyambut Ramadhan al-Mubarak.


Kod Perkataan.

Anda semua pasti penah menonton filem-filem perang, penyiasatan, kepolisan dan sebagainya bukan? Kadang-kadang, ada satu babak tu  di paparkan babak untuk menghubungi pangkalan tentera untuk menentukan lokasi sebenar mereka.Radio adalah alat utama untuk mereka berkomunikasi dan untuk memudahkan kefahaman mereka tentang strategi,kedudukan dan sebagainya. Jika tidak, maka segala rancangan akan mudah menemui kegagalan. Jadi, Kod Perkataan telah di cipta untuk menangani masalah ini. 


Gambar di atas adalah carta untuk kegunaan mereka ketika perang. Contoh yang biasa kita dengar adalah Alpha,Bravo,Charlie dan Delta. Seperti polis yang mengejar kereta penjahat, mereka akan menggunakan kod perkataan ini supaya mereka mengejar dan menangkap orang yang tepat.

Sehingga sekarang, kod perkataan ini masih di gunakan secara meluas. Terima kasih kepada penciptaan ini.

p/s: kredit to Halim sebab bagitau ada mende ni dan timbul idea hamba nak tulis post ni.:-)..

Sunday, August 1, 2010

Rahsia Keyboard

Kejadian ini terjadi ketika hamba tengah chat dengan kawan hamba....sedang leka menaip di YM, tiba-tiba hamba menyedari kejadian aneh dengan penciptaan keyboard ini. Nak tau apa rahsianya? Mari kita lihat foto di bawah yang telah hamba edit.hehe.....


Tiba-tiba hamba rasa ingin bersajak pulak...sori jika tidak menjadi sajak hamba tu sebab hamba bukan pandai nak bersajak bagai. Tapi minat tu ada, dan satu hari nanti pasti tercapai cita-cita itu..:-). Maaf jika tak sedap di dengar..Ok, sekarang nampak tak apa yang ada di gambar tersebut??Yaaaaaa,anda semua memang bijak-bijak belaka. Huruf "U" dan "I" di letakkan bersebelahan...macam cerita jiwang pulak hamba tengok..huhu..

Jadi, jika anda sedang menaip tidak kiralah buat assignment ke,tengok movie ke, buat kerja ke...jangan lupa untuk mengingati orang-orang yang banyak berkorban untuk kita terutamanya Ibu dan Ayah...bukan hanya kekasih anda sahaja ok. :-)