Salam semuanya.
Penah dengar tak StumbleUpon? Hehe, bagi yang tak pernah dengar mari sini hamba nak kongsi-kongsi skit apa yang hamba tau pasal mende ni, tapi bagi yang tau...silalah tunjuk ajar hamba supaya kita dapat belajar bersama-sama.
Ia adalah satu komunity internet yang berasaskan peer dan sosial networking site seperti Facebook, Myspace dan Twitter. Apa yang menarik tentang StumbleUpon ni adalah kita boleh melihat apa sahaja website yang telah di rekemen oleh ahli-ahli berdaftar secara rawak. Jika di laman Facebook, button "like" itu amatlah popular untuk menunjukkan kita setuju tidak kira ia adalah Status, Komen mahupun gambar. Tapi hamba rasa, ramai di kalangan kita lebih suka menggunakannya untuk 'like' gambar-gambar yang telah di upload oleh rakan-rakan.
satu tanda yang membuatkan FB sangat unik |
Konsep ini digunakan di dalam StumbleUpon. Apa yang menariknya adalah, setelah anda mendaftar di laman webnya, anda boleh menggunakan fungsi like ini untuk merekemenkan kawan-kawan anda di seluruh alam maya. Selepas itu, di saat anda sedang bosan, anda boleh menggunakan button yang telah di install di dalam browser anda untuk melihat website-website yang bagus.:-)
Sila mendaftarkan diri anda |
Welcome Screen |
Kemudian, anda perlu memilih topik-topik yang anda suke.
Pilihan yang di tawarkan |
Dan walla, anda telah siap dan telah menginstall StumbleUpon dengan jayanya. Ini adalah bukti kesungguhan dan keazaman anda untuk bersama-sama berkongsi dengan rakan-rakan anda yang lain tentang laman-laman yang anda minati.
SIAP! |
Jika anda lihat, ada sedikit perubahan di dalam browser yang anda gune. Hamba menggunakan Firefox v3.5.11. Gambar di bawah ada di tunjukkan apa yang berlaku selepas anda menginstall stumbler ini.
perubahan |
Anda juga boleh mengedit profile diri anda dengan meletakkan gambar pilihan anda.
Edit Profile |
Menarik bukan?Sebagai contoh, hamba telah menekan butang like untuk laman Google dan menunjukkan secara tepat, hamba telah membuat screenshot untuk tatapan bersama...:-)
Sekian untuk entry ini, jumpa anda di lain mase. Owh ya, hamba juga ingin berkongsi dengan anda semua satu website yang telah di rekemen oleh kawan-kawan kita di alam maya..sila gerak-gerakkan cursor anda...ISangat kooolllll..
No comments:
Post a Comment