Wednesday, September 29, 2010

Berlayarlah..

Hidup kita tidak ubah seperti sebuah pelayaran. Lengkap dengan kompas,sauh,tali,layar,ombak dan pantai.Sebaik sahaja kita di lahirkan ke muka bumi ini,kita telah di hadiahkan dengan element-elemen ini dan samada kita sedar atau tidak, ia mempunya kaitan antara satu sama lain yang memungkinkan kehidupan yang terindah,kesedihan dan kedukaan. Menjadi nakhoda dan mengemudi pelayaran itu bukanlah satu perkara yang mudah. Kekuatan mental,rohani dan fizikal sangat di perlukan. Perlu di ingat,kita juga di kurniakan akal dan hati nurani untuk menyokong pelayaran kita hingga ke akhir hayat. Gunakan ia sebaik-baiknya nescaya kita akan beroleh kehidupan yang indah.


Sejauh mana gagahnya kapal yang kita layarkan dan sekukuh mana binaannya tidak berguna jika ia tersadai dan ditambat di satu dermaga dengan jangka waktu yang lama sehingga reput kayunya dan bocor asasnya. Tambatan itu boleh di ibaratkan dengan kemalasan, ketakutan, kekecewaan, kelukaan hati yang belum disembuhkan, yang sering menghambat kita untuk memulai melakukan sesuatu dan berjuang untuk keluar dari masa lalu kita.Dermaga pula adalah permulaan kehidupan kita dan boleh di ertikan dengan masa silam yang kita.


Kepada semua, marilah kita lepaskan tali yang menghambat kehidupan yang mengekang kita dari mencapai kehidupan terindah yang di idamkan.Berlayarlah, lakukan sesuatu yang berguna bagi hidup kita dan keluarga kita. Aktifkanlah segala kemampuan dan bakat dalam diri kita, gunakanlah segala potensi diri dan bantuan orang-orang di sekitar dan ciptakanlah segala yang baik dalam hidup demi kebahagiaan diri dan orang-orang di sekeliling kita.


Semoga post ini dapat memberi hamba dan semua yang melawat blog ini kehidupan yang terindah yang di idamkan oleh semua orang walaupun sebenarnya amat susah untuk kita lupakan masa silam dan kedukaan yang pernah kita hadapi....

No comments:

Post a Comment