Friday, September 24, 2010

JENIS-JENIS KAKI

Walaupun manusia di kurniakan dengan 2 kaki,tetapi tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa lagi kaki yang perlu anda tahu..Kaki-kaki tersebut adalah :

KAKI KENCING:
Manusia jenis ini adalah orang yang tidak boleh di percayai @ penipu. Mungkin pada masa kecilnya mereka selalu kencing berlari seperti peribahasa "guru kencing berdiri,anak murid kencing berlari".

KAKI PAU:
manusia ini bukanlah orang yang suka makan pau kacang atau pau ayam, tetapi mereka ini adalah manusia
yang menggunakan kekerasan untuk mendapatkan sesuatu dari mereka yang lemah seperti meminta wang dan harta benda.

KAKI PANCING:
mereka ini adalah orang yang paling penyabar. Menggunakan umpan untuk menangkap ikan memerlukan pengorbanan masa yang banyak dan menjadi kepuasan jika mereka mendapat hasilnya.

KAKI BANGKU:
mereka mungkin pandai untuk membuat sebuah bangku tetapi kekurangan mereka adalah tidak pandai bermain bola.

KAKI GAME:
mereka seperti kaki pancing tetapi mereka hanya duduk di rumah sahaja. Caranya mudah, hanya duduk di hadapan tv atau monitor bezanya mereka menggunakan joystick atau keyboard.

KAKI SURFING:
lebih kurang sama dengan ( = ) kaki game, mereka hanya duduk di depan monitor untuk melihat dunia maya. Kini internet sudah pun bergerak, jadi semakin senanglah mereka bergerak kerana mereka sudah ada banyak kaki.Kelebihan mereka adalah mereka ini sangat up-to-date dan informative.

KAKI SHOPPING:
kawasan-kawasan yang di gemari oleh golongan ini adalah yang mempunyai tanda "SALE"..

KAKI WAYANG:
pop corn dan soda memainkan peranan jika mereka melawat panggung-panggung. Kebiasaannya, mereka akan alert apakah cerita-cerita terbaru yang akan di tayangkan.

KAKI BERBULU:
ops,SENCORED.

p/s : ini adalah untuk hiburan semata-mata.tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

4 comments: