Saturday, July 31, 2010

Salt (2010)

Poster

Tarikh tayangan : 29 July 2010 (Malaysia)
Genre : Action/Thriller
Tagline: "Who is Salt?"
Filem Salt ini mengisahkan Evelyn Salt sebagai watak utama dalam filem ini di mana beliau adalah seorang ejen CIA Amerika Syarikat dan juga seorang perisik Rusia. Asas filem ini adalah berdasarkan Perang Dingin yang berlaku antara Rusia dan Amerika Syarikat selepas perang dunia ke-2. Secara ringkasnya, ia adalah perang dalam bentuk ketegangan sebagai perwujudan dari konflik-konflik kepentingan dan perebutan supremasi serta perbedaan ideologi antara blok barat yang dipimpin oleh Amerika Serikat dan Blok Timur yang dipimpin oleh Rusia (Soviet Union).

Antara pelakon yang membintangi filem Salt ini adalah Angelina Jolie ( Evelyn Salt ), Liev Schreiber (Ted Winter), Chiwetel Ejiofor (Peabody) dan ramai lagi. Perjalanan filem ini agak menarik dengan aksi-aksi stunt yang kadang-kadang tidak terjangka oleh akal. Walaupun begitu, bagi mereka yang meminati filem-filem aksi yang penuh dengan letupan dan perlanggaran, anda di galakkan untuk menontonnya.
 
Banyak teka-teki yang wujud dan berjaya di tonjolkan oleh pengarah filem ini iaitu Phillip Noyce dan ditulis oleh Kurt Wimmer. Teka teki di olah dengan begitu baik sehinggakan anda hanya akan bertemu jawapan siapa Salt dan siapa yang bersamanya di akhir filem ini.

Rating Ajoi : 2/5.
Kekurangan dalam filem ini adalah watak komedi kerana dan ini membuatkan Salt terlalu serius dan anda hanya akan ketawa di akhir filem ini. Jadi selamat menonton.:-) 

Thursday, July 29, 2010

Tips Untuk Melajukan Komputer Anda.

Salam..di sini hamba ingin menaip berkenaan bagaimana untuk melajukan komputer anda. Tidak kira laptop atau PC, tips ini amat berguna untuk anda. Ini adalah persediaan herba, jika penyakit berlarutan sila keluarkan duit anda untuk beli komputer baru..:-p

1: Defragment

Selalulah defrag komputer anda. Bergantung kepada OS yang anda guna, ia boleh di set kepada manual atau automatik. Biasanya, defrag tools yang di sediakan oleh Windows adalah mudah dan boleh di gunakan. Tetapi bagi anda yang ingin mencuba sesuatu kelainan, anda boleh menggunakan Defraggler.

Defraggler


2. Kemaskini data hard disk

Sedar atau tidak, ada antara kita yang tanpa sedar telah menggunakan ruang-ruang yang kosong di dalam hard disk dengan mendownload cerita-cerita atau lagu-lagu dengan sepenuhnya. Jika hard disk itu mengandungi OS dan data, ia sudah pasti akan mengurangkan kelajuan dan performance komputer anda. Sila periksa berapakah space yang tinggal dalam hard disk anda dan jika ia mempunyai space 10% atau kurang, inilah masanya untuk membuang sampah sarap dan mengemaskini rumah anda. Tools yang popular adalah CCleaner. Ia dapat mengosongkan semua 'temp files' untuk anda. Selepas itu, perkara yang perlu anda titikberatkan adalah seperti Recycle Bin, Pictures, Music, Videos. Jika hard disk anda masih di tahap kritikal, bolehlah uninstall mana-mana applications yang jarang di gunakan.

CCleaner


3. Membuang spyware/malware

Jika anda pengguna Windows OS, anda SEHARUSNYA ada anti-malware di sistem anda untuk menghalang spyware dari berkuasa. Saya mencadangkan anda menggunakan Malwarebytes. Tetapi adalah lebih baik anda bukan setakat menggunakan versi percuma. Ia bagus tetapi tidak ada di datangkan dengan scheduler. Seperti yang kita maklum, kadang-kadang kita terlupa untuk maintain sistem kita, jadi menggunakan scheduler ini amat baik untuk komputer anda. Untuk itu, bersiap sedialah untuk mengeluarkan air dari dompet anda untuk memastikan anti-spyware anda is up tp date dan running on schedule

4. Checkdisk Error

Dengan usia hard disk yang sudah meningkat tua, sectors di hard disk anda boleh menjadi rosak. Untuk memperbaikinya, anda perlu menaip command di command prompt dan seterustnya reboot komputer anda. Command yang biase di gunakan adalah chkdsk X:/f/r (di mana X adalah drive yang anda ingin check ),f adalah command untuk membaiki error secara auto dan r untuk locate di mana bad sector dan memperbaiki data yang tidak dapat di baca.


Diharap dengan tips yang tidak seberapa ini boleh membantu anda untuk melajukan komputer anda..:-)

Tuesday, July 27, 2010

Tomatoman...

Salam...

Post ini di taip adalah untuk mereka-mereka yang lahir pada tahun 80-an dan pada zaman ini, bermacam-macam jenis kartun di terbitkan. Salah satunya adalah watak kartun Tomatoman. Mendengar sahaja tajuknya membuatkan kita ketawa. Seolah-seolah watak superhero seperti superman,batman dan spiderman. Betul, ia adalah watak superhero, tetapi yang lucunya..ialah watak superhero untuk kerajaan sayur.hahah, memang pelik kan bunyinya...lucu tapi benar.:-p...

watak-watak dalam cerita ini

Tomatoman adalah salah seorang dari 10 pahlawan kerajaan sayur yang agak kelakar. Ia juga tidak disenangi oleh pahlawan-pahlawan yang lain kerana mereka dengki dengan kejayaan tomatoman yang kebiasaannya diperolehi secara kebetulan. Selalunya di setiap episod, tomatoman akan bertarung dengan serangga jahat yang selalu datang mengganggu rakyat kerajaan sayur.

Memang dah lama hamba mencari di alam maya ini berkaitan dengan  Tomatoman, nampaknya ia membuahkan hasil..Bagi mereka yang tak pernah menonton siri ini, pasti tidak dapat merasai kerinduan dari siri ini. Tetapi, hamba yakin..berlainan dengan mereka yang telah lama mencari-cari watak ini dan ingin melihatnya kembali.. Jadi, RTM...kami dengan ini memohon jasa baik pihak tuan untuk menyiarkan semula rancangan ini..:-).hehe.....Kalau korang nak dengar Opening Theme dan Ending Theme Tomatoman, boleh la lihat di link di bawah...Di harap, dengan post ini kerinduan terhadap Tomatoman terubat..:-)


Bila Hantu Rambutan Balik Kampung..

Buah Berbulu..

23hb Julai 2010...tarikh hamba untuk menjenguk ibu dan ayah di kampung. Cuti sudah di apply seminggu sebelum dan akhirnya sudah di approve oleh bos..thx bos..

Perjalan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke Muar. Sekali lagi,sungai dompet kekeringan. Terpaksa minta Razin untuk pergi mencucuk di ATM Kolej Jati UiTM. Sori Razin,terpaksa menyusahkan.huhuh..tapi duit tu boleh wat untuk bayar tol nnt.hehehe....Agak lama tak merasa menjadi student,masih ada lagi lori menjual nasik lemak di hadapan koleh Jati ini. Sedap nasik lemak kat situ. Kalau korang rase nak try jadi student,boleh la beli satu. :-)...yang istimewanya kat sini,kite boleh pilih lauk apa yang kita nak. My fav is catfish. Besar gile...ops,macam silap post je ni.huhu..nnti hamba post untuk nasik lemak ini di lain masa..huhu...kita smbung balik perjalanan ke kampung.

Sepanjang perjalanan, aktiviti yang mampu di buat adalah bersembang pasal keje,keje dan kadang-kadang selit pasal kawan-kawan sekelas. Agak lama kami tak lepak ramai-ramai. Rindu pulak rasanya....


Setelah roda kereta berputar berbilion-bilion pusingan, akhirnya sampai jugak hamba di kampung..Kusalam dan kucium tangan ibu dan ayahku. Keletak bag dan kutukar pakaian...Laparnya perut,huhu..ambil nasik dan lauk...makan di depan tv sambil melepak dengan ibu dan ayah...Tiba-tiba,keluar topik rambutan..Hamba yang hantu rambutan ni apa lagi,excited la nak dengar..Rupa-rupanya dekat rumah makcik hamba ada rambutan banyak..So,kalau hamba nak rambutan kene pegi rumah die.Menarik jugak godaan tu,huhu..

Keesokan harinya, hamba bersama ibu dan ayah pergi melawat mak cik di rumahnya.. Nak di pendekkan cerita, dapatlah hamba memetik buah berbulu dan berisi manis di dalam..:-).sedap....heheh...Banyak jugak hamba cilok buah rambutan tu..Kat bawah ni adalah antara gambar-gambar buah yang sempat di rakam sebelum di telan. Owh ye, manggis adalah satu bonus.:-)..jangan silap..bukan jus manggis k..:-)

banyaknye... 

sebesen buah berbulu..


hitam-hitam si tampuk manggis..

sudah di makan hantu rambutan.....


Sunday, July 18, 2010

Tank Kyu Berry March

Salam..jam sekarang da pukul 3.18 pagi..Tapi bijik mata ni susah betul nak pejam kalau hari minggu..ada je mende nk buat..tgk movie la,apa la..tapi malam ni hamba nak tulis satu topik yang tiba-tiba terlintas di fikiran ku ini.. tajuknye seperti di atas...Tank Kyu Berry March.

Sebenarnya saje je bagi gempak perkataan ni...cuba sebut secara baku..ok,dapat tak?Ok la..takyah membazir masa,Thank You Very Much atau dalam bahasa Melayu nya..terima kasih banyak-banyak..Seperti yang kita sedia maklum,perkataan ini menunjukkan pekerti yang mulia dan menghargai seseorang yang telah membantu dalam apa jua bentuk dan keadaan. Tidak kiralah kecil atau besar,ucaplah terima kasih,thank you,atau nak lagi simple hanya ucapkan perkataan thanx....

Kadang-kadang kita tak sedar tentang hal-hal remeh seperti ini sebenarnya adalah yang paling besar manfaatnya kepada sesebuah hubungan..Ibu dengan anak,suami dengan isteri,isteri dengan mertua,kawan dengan kawan yang lain,kekasih dengan kekasih dan ia akan terus berlaku keatas semua rangkaian perhubungan sesama manusia.

Sebagai akhir kata,hamba disini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah melawat ke blog yang tak seberapa ini..terima kasih banyak-banyk dan tank kyu berry much...see yaa.

Saturday, July 17, 2010

Nasi Ambeng

Kriuk2....bunyi perutku.Seolah2 memanggil untuk berduet bersama. Mm,hamba amek helmet, turun dari tgkat 11 menuju kearah kuda tungganganku. Tapi ap yang hamba nak makan mlm ni?takpelah, bawak je la kuda ku ini jalan ke seksyen 7. Tibe-tibe teringat lak ex-housemate penah beli satay kat Pasar Malam Padang Jawa..Kebetulan sungai dompet tengah kering.hehe..so memecut ke Pasar Malam Padang Jawa ok?

Ini first time hamba pegi Pasar Malam kat sini.Biase hari Rabu, penah gak la kat Seksyen 7 tu. Besar gak Pasar Malam kat sini,tapi banyak yang dah nak tutup sebab da pukul 10 lebih..So berjalan la hamba memusing-musing seluruh Pasar Malam..Jalan-jalan, tiba-tiba ternampak pulak Nasik Ambeng. Wah,lamanya tak makan nasik ambeng. Susah woo nak jumpe. Kalau kat kampung hamba, nasi ambeng ni memang femes time ada kenduri doa selamat atau time bulan pose. Teringat pulak kat arwah atuk selalu bawak berkat dari surau lepas semayang terawikh...hehe,tapi cucunya pegi mana?pegi main mercun dengan bunga api dengan kazen2,adik,akak dan abangnye..hehehe...


Berbalik semula kat Pasar Malam tadi,menarik betul nasik ni.Perut da lapa. Apa lagi,tnye la kat brader tu..."bang ni nasik ni jual ke?"...haha,lepas je ak beli ak terpikir.mesti la nasik tu nk jual.takkan la nk pamer cam akuarium pulak...tapi brader tu rilek je. die cakap "jual bro,tinggal last ni."..."yeke,berapa ni?".."RM5,tapi sebab ni last gua bagi RM3 dah la.."..halamak,rezeki hamba ni.tanpa syarat,setuju sudah...."ok,bolehlah"...maka,dapatlah hamba susuap nasik malam ni..

Mmm..nasik da dapat,apa lagi..baliklah..Sampai je, amek pinggan letak atas pinggan. Bukan apa,teringat nostalgia makan ramai 4 beradik kat dulang dulu mase kecik. Tapi ni da sorang letak je la kat pinggan.heheh......


Nasik ambeng ni lebih kurang cam nasik kerabu yang dari Kelantan tu. Tapi bagi hamba, nasik ambeng lagi best.heheheh..jangan marah ek..nasik ni care makan die,kene gaul2 dulu sume skali. Baru feel tu ada..ada mee kasar,ayam masak kicap,serunding kelapa,suun,dan ada ikan masin apa ntah nama die..ikan masin bunga kot.huhu..tapi die xmasin mane pun..macam keropok je.


Ok la,nanti kalau ada masa hamba tulis lagi ek..ada keje skit..dan,nasik ambeng setelah hamba telan..

Friday, July 9, 2010

The explaination of life

On the first day God created the dog. God said, "Sit all day by the door of your house and bark at anyone who comes in or walks past. I will give you a life span of twenty years." The dog said, "That's too long to be barking. Give me ten years and I'll give you back the other ten."
So God agreed.

On the second day God created the monkey. God said, "Entertain people, do monkey tricks and make them laugh. I'll give you a twenty-year life span." The monkey said, "Monkey tricks for twenty years? I don't think so. Dog gave you back ten, so that's what I'll do too, okay?"
And God agreed.

On the third day God created the cow. "You must go to the field with the farmer all day long and suffer under the sun, have calves, and give milk to support the farmer. I will give you a life span of sixty years."
The cow said, "That's kind of a tough life you want me to live for sixty years. Let me have twenty and I'll give back the other forty."
And God agreed again.

On the fourth day God created man. God said, "Eat, sleep, play, marry and enjoy your life. I'll give you twenty years."
Man said, "What? Only twenty years? Tell you what, I'll take my twenty, and the forty the cow gave back, and the ten the monkey gave back, and the ten the dog gave back, that makes eighty, okay?"

Okay," said God, "You've got a deal."

So that is why the first twenty years we eat, sleep, play, and enjoy ourselves; the next forty years we slave in the sun to support our family; the next ten years we do monkey tricks to entertain the grandchildren; and the last ten years we sit on the front porch and bark at everyone.

Life has now been explained to you.