Ahad. Hari yang sedih sebab esok dah nak ari Isnin. Kompem dapat monday blues punya. Cis.... Tapi dari pikir-pikir baik kite enjoy.(cam dalam cite Nora Danish tu.)...kepala H.
Pegi la Shah Alam, ada urusan yang perlu di uruskan.haha. Apa la aku cakap tu. Money..$$$$$$..lepas tu pegi lepak jap rumah member. Tak sangka die beli kete dulu dari aku. Jeles seh.... die offer test drive. Biasala, mesti la malu-malu kucing. Offer la kali kedua, buat-buat tak nak...tapi tangan amek kunci start.hahah.. Kete baru, aku tak tau camne nak bukak aircond, dah rasa macam duduk dalam oven. Berpeluh-peluh beb..
Aku round sekali kat kawasan rumah dia. Wah, rasa macam nak bawak lari pun ada.hahahah..tapi aku baik. Mane buat camtu. Kalau aku larikan macam la dia tak boleh nak carik aku. :-p. Best dan puas hati la kalau aku dapat sebiijk dengan pendapatan yang ada sekarang. Memang bangga gak la kalau aku ada.
Offer kali kedua, dia nak bawak jalan-jalan. Haha, tunggu jugak dia cakap camtu. Pegi la Shah Alam yang kurindui tu. hehe. Pusat komersial je.."Dekat atas Bintang ada karok baru bukak la..".member aku memulakan idea tujuan jalan-jalan. "Hah?ada ke?apa lagi jom la test tempat baru"..balas aku. Hehe, lama tak karok ni..
Dalam hati nak cuba lagu yang gila babeng punya tinggi. Haha, biasa la perasan artis. Kalau korang nak dengar suara aku silalah tengok kat bawah ni. Tak sedap pun,kantoi masa part 1 chorus.Dem....Walau apapun..aku tetap salute kat diri aku sendiri sebab dapat bawak lagu nih...Handyblack - Kau Yang Bernama Seri..
ajoi dan mic tersayang..
No comments:
Post a Comment